KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) menzahirkan penghormatan kepada mendiang Tun S. Samy Vellu dan menyifatkannya sebagai tokoh legenda yang menyumbang secara meluas kepada negara khususnya kepada industri pembinaan tempatan.
Presiden MBAM Oliver HC Wee berkata sepanjang tahun-tahun mendiang Samy Vellu berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya dari 1979 hingga 1989 dan dari 1995 hingga 2008, telah membawa banyak kemajuan dan pembangunan kepada industri pembinaan.
"Bagi pihak MBAM, saya ingin memberi penghormatan kepada mendiang. Kita kehilangan seorang tokoh legenda yang banyak menyumbang kepada negara khususnya kepada industri pembinaan Malaysia.
"Kemajuan dan pembangunan yang dibawa oleh Samy Vellu adalah cerminan watak mendiang yang akan kami hargai selama-lamanya. Semoga legasinya berkekalan dan rohnya tenang," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Samy Vellu ialah penerima Anugerah Emas MBAM pada 1 Ogos 2003 semasa mendiang menjadi Menteri Kerja Raya.
Anugerah Emas MBAM diberikan kepada pemimpin cemerlang bertaraf nasional atau antarabangsa sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan terkemuka dan sumbangan terbilang ke arah pertumbuhan industri pembinaan khususnya dan kemajuan, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan negara dalam masyarakat dunia amnya.
Samy Vellu menghembuskan nafas terakhir pada jam 7 pagi di kediamannya pada usia 86 tahun.
BACA: Tun Samy Vellu meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang merupakan antara menteri kabinet paling lama berkhidmat, kira-kira 30 tahun bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.
Semasa menjadi Menteri Kerja Raya, Samy Vellu banyak memainkan peranan dalam membangunkan rangkaian jalan raya serta pengangkutan dalam negara dan atas daya usahanya itu pada 1987, mendiang dianugerah 'International Man of the Year Award' oleh The International Road Federation (IPF).
Sebelum itu, mendiang pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Mendiang juga pernah menerajui Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dari 1989 hingga 1995, yang menyaksikan kejayaan mendiang mengendalikan projek penswastaan Jabatan Telekom, Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Pos, sebelum kembali ke Kementerian Kerja Raya pada 1995 hingga 2008.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Semasa menjadi Menteri Kerja Raya, Samy Vellu banyak memainkan peranan dalam membangunkan rangkaian jalan raya serta pengangkutan dalam negara. - Foto Facebook/Wee Ka Siong
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Filem Sheriff: Kutipan terkini RM60.5 juta
Kutipan filem Sheriff RM60.5 juta membuktikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw kekal mendominasi pawagam seluruh negara.
[TERKINI] Polis tingkat kawalan di premis kerajaan, tempat tumpuan awam
PDRM memandang serius isu serangan dan ancaman yang berlaku di tempat awam, termasuk di beberapa lokasi sensitif dan premis kerajaan.
4 individu mengaku bersalah datangkan bahaya masak mi segera
Empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain.
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan Malaysia belasah Oman 10-2
Skuad hoki lelaki dalam dewan negara memulakan kempen mempertahankan Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 dengan bergaya apabila membelasah Oman 10-2.
Mohamad Sabu wakili Malaysia ke Iran hadiri pengebumian Presiden Raisi - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Presiden Interim Republik Islam Iran, Mohammad Mokhber pada Selasa untuk merakamkan ucapan takziah.
'Tun Samy Vellu mentor saya sejak di bangku sekolah' - Saravanan
Figura bernama Tun S Samy Vellu tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pemimpin lain kerana sumbangan mendiang yang amat besar kepada masyarakat dan negara.
Wanita dakwa isteri Samy Vellu gagal kali kedua untuk jadi pencelah
Hakim Mahkamah Tinggi Wong Chee Lin menolak permohonan kedua wanita itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Samy Vellu sedang terima rawatan di IJN
Samy Vellu, 82, akan diletakkan di bawah pengawasan doktor selama beberapa hari sehingga keadaan kesihatanya kembali pulih.
Tun Mahathir mampu pimpin Malaysia ke arah masa depan lebih cemerlang - Samy Vellu
Samy Vellu pernah berkhidmat sebagai menteri di bawah kepimpinan terdahulu Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003.
Palanivel dianggap bukan lagi ahli MIC - Subramaniam
Mesyuarat khas MIC hari ini meluluskan resolusi bahawa presiden parti Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi ahli parti itu.
PRK: 'Kritikan Tun M macam ceramah percuma untuk Pakatan Rakyat' - Soi Lek
Kritikan Dr Mahathir kepada Najib akhir-akhir ini diibarat ceramah percuma untuk menarik pengundi menyokong calon Pakatan Rakyat pada PRK Permatang Pauh dan Rompin.
Samy Vellu enggan komen pemilihan jawatan tertinggi MIC
Bekas presiden paling lama MIC itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada anggota dan pemimpin parti untuk membuat keputusan.
Samy Vellu: Tiada siapa boleh kata bila saya patut bersara
Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata tiada siapa yang mempunyai hak untuk memberitahu bila beliau sepatutnya bersara.
Jangan babitkan saya dalam perebutan jawatan MIC, kata Samy Vellu
Datuk Seri S. Samy Vellu mengingatkan mereka yang mahu bertanding pada pemilihan parti agar tidak membabitkan beliau dalam perebutan itu.